Selepas Nabil Ahmad, Kini Amar Asyraf Pula Sertai Jemaah. Alhamdulillah!

0 1,493

Makin ramai golongan artis dan selebriti yang mula berhijrah dan mendekati serta mempelajari agama dengan lebih mendalam. Sama seperti kita, mereka juga manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan dan mengelakkan diri daripada kekal dalam keadaan “jahil”.

Itulah apa yang telah dilakukan oleh pelakon popular Amar Asyraf yang kini mula untuk mengubah dirinya untuk hidup dalam keadaan yang lebih positif dan mendalami agama. Fokus beliau sekarang ini adalah aspek kerohanian.

Memetik laporan daripada Harian Metro, Amar menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur tatkala masih lagi diberi peluang dan kesempatan oleh Allah S.W.T kerana membuka hatinya untuk lebih mendalami ilmu agama.

“Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik.”

Menurutnya lagi, telah ramai rakan-rakan artis sebenarnya yang tak putus-putus mengajaknya untuk sama-sama menyertai jemaah ini. Pada awalnya, dia benar-benar tidak minat dan tidak tergerak hati untuk menyertainya.

Setelah dua tahun, barulah Allah mengetuk hatinya dan membuatkannya untuk mula aktif menyertai jemaah tersebut. 

BIAR DIRI DIGODA SYAITAN

“Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.”

“Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia.”

 

BUKAN KERANA KONTROVERSI

Pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu dengan tegas mengatakan bahawa perubahannya bukanlah disebabkan oleh kontroversi tersebut.

Kontroversi berkenaan perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Vivi Jefry telah terbongkar dan menjadi isu hangat suatu ketika dahulu. Namun, perkahwinan tersebut tidak kekal lama dan dia menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019.

Benar. Hidayah milik Allah dan kita sebagai hamba-Nya tidak berhak untuk menghukum seseorang mengikut kehendak kita. Bagi kita mungkin ia merupakan satu isu yang seronok untuk “dibawang” namun baginya, ia merupakan satu pengajaran yang bermakna.

BACA JUGA: Dipelawa Tumpang Kereta, Pasangan Warga Emas Ini Jelas Nampak Bahagia. Ramai Yang Sebak Tonton Video Tular

Antara selebriti popular lain yang turut sama menyertai jemaah baru-baru ini adalah pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang turut berkongsikan perasaan dan kelainan yang dirasai beliau saat bersama-sama dengan jemaah.

Kita doakan supaya lebih ramai lagi dari kalangan selebriti, rakan-rakan dan diri kita sendiri supaya tergerak hati untuk mendalami agama dengan lebih baik. Harus diingat bahawa bukan sahaja selebriti yang menjadi model dan tatapan umum dalam bab agama. Diri kita pun sama. Semoga bermanfaat!

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.