Suprise Untuk Ibubapa Tidak Kesampaian, Adik Turut Maut Selepas Ternampak Abang Kemalangan

0 2,876

Ibubapa merupakan insan yang paling besar jasanya dalam kehidupan setiap individu. Tanpa mereka, tidak akan lahirlah kita ke dunia ini. Tanpa mereka juga, tidak mampu untuk kita nikmati dan kecapi segala nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita.

Jadi, pastinya usaha untuk membuatkan mereka bahagia sentiasa ada dalam diri setiap insan yang bergelar anak. Melihat senyuman gembira kedua ibubapa sudah cukup untuk membuatkan hati dan diri ini berasa puas dan turut bahagia.

Itulah apa yang ingin dilakukan oleh dua orang adik beradik ini yang telah kemalangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihan (HTAN) di Jempol. Ia berikutan kemalangan yang berlaku selepas si abang terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang.

Manakala si adik pula diserang sawan di tempat kejadian. Pada kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.15 petang itu, mangsa kemalangan, Hafidzan Zainal yang berusia 44 tahun merupakan seorang yang bekerja sendiri telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihan bagi memperoleh rawatan lanjut. Namun, beliau disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 8.20 malam.

Manakala adiknya pula, Mohd Fauzi Zainal yang berusia 39 tahun pula meninggal dunia ketika masih lagi dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihan dari tempat kemalangan.

BARU MEMBELI SEBUAH KERETA SEBAGAI HADIAH

Menurut sumber yang diperoleh, kedua-dua beradik Hafidzan dan Fauzi baru sahaja membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada kedua ibubapa mereka. Namun, sewaktu memandu kereta tersebut, Hafidzan telah terbabas.

Manakala Fauzi yang mengekori dari belakang pula terkejut ketika melihat abangnya terlibat dalam kemalangan terbabit. Hal ini telah mengakibatkan beliau pengsan dan berbuih mulut di tempat kejadian.

TIADA UNSUR JENAYAH

“Mangsa terus dikejarkan ke HTAN, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Pemeriksaan dibuat terhadap tubuh mangsa dan didapati tiada kecederaan atau luka luaran yang disyaki ada unsur jenayah.

 

SEJARAH PENYAKIT SAWAN

Chang Hock berkata, abang mangsa (Hafidzan) dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Simpang Pertang menghala ke Kuala Pilah.

 

BACA JUGA: Risau Keadaan Rakyat, TMJ Sumbang lagi Untuk Aktiviti Amal Ustaz Ebit Lew

 

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Semakan rekod perubatan dibuat dan mangsa didapati mempunyai sejarah sakit sawan. Bedah siasat ke atas mangsa (Fauzi) dijalankan pukul 10 pagi tadi bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.