Syukor Burger Bantu Lebih 300 Individu Hilang Punca Pendapatan Kembali “Bernafas”

0 281

Ramai yang makin mengenali usahawan muda yang makin trending di media sosial, Syukor Majid yang tak pernah miss untuk berkongsi ilmu bisnes, kehidupan dan berbagai lagi dalam gaya yang sangat santai dan penuh jenaka.

Bacalah setiap post yang dimuatnaik oleh beliau. Pastinya anda akan dapat sesuatu yang sangat bernilai. Paling tidak, anda akan termotivasi dan terinspirasi dengan idea dan kejayaan beliau. Beliau juga tak pernah kering dengan idea bisnes baru yang bukan sahaja untuk kepentingan sendiri, malah ia juga fokus untuk membantu mereka diluar sana untuk kembali bangkit.

Salah satu projek terbaru beliau, Syukor Burger mula menjadi satu fenomena dan viral di Malaysia. Sebut je mana-mana tempat, pasti anda boleh temukan cawangan Syukor Burger. Burger keluaran sendiri daripada roti sehinggalah ke patty ini sangat unik, besar, berpatutan dan yang pastinya, sedap.

Menerusi satu posting beliau yang terkini berkenaan Syukor Burger, beliau ada bercerita bagaimana beliau mendapat ilham untuk menjalankan bisnes ini dan bagaimana progress bisnes tersebut sehingga kini.

 

DAPAT IDEA PUKUL 4 PAGI

Menariknya, idea untuk menjalankan bisnes Syukor Burger ini beliau dapat pada pukul 4 pagi. Lumrah orang bisnes. Setiap masa pasti akan berfikir.

“Beberapa bulan dulu, idea jual burger ni datang pukul 4 pagi. Kalau abang tak mulakan langkah pertama, mesti idea tu berlalu begitu sahaja. Mesti kita pun tak nampak stall Syukor Burger yang bertebaran ni kan?”

 

DAH BANTU RAMAI KELUAR DARI MASALAH EKONOMI

Projek Syukor Burger ini bukan sahaja membantu orang ramai untuk memulakan bisnes burger mereka sendiri dengan bantuan dari segi peralatan, kewangan dan promosi. Ia juga telah membantu beberapa individu lain lagi kerana projek penghasilan stall dan roti juga dijalankan sendiri oleh Syukor Majid.

“Gembira sangat bila dapat banyak feedback dari operator Syukor Burger, ucap terima kasih. Yang hilang punca pendapatan selamat dari masalah kewangan, yang tersepit jumpa sinar di hadapan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.”

 

BUKAN FOKUS UNTUNG SEMATA-MATA

“Inilah objektif utama abang, nak bantu seramai mungkin orang jana pendapatan melalui Syukor Burger. Ada kawan-kawan tanya untung ke jual burger? Kalau nak buat untung besar, lebih baik abang jual franchise. 1 stall RM5,000 senang-senang je abang jual. Takat 1,000 stall, inshaaAllah licin dalam masa 7 hari abang pitching. 1,000 stall dah collect RM5 juta.

Tapi tak. Abang tak jual franchise. Abang pam duit sendiri, buat stall burger sendiri, set up kilang sendiri, nak bagi peluang kepada mereka yang betul-betul mahu berniaga burger untuk jana pendapatan. Kalau nak buat duit lagi banyak, lebih baik abang besarkan lagi platform online sendiri. Tak payah main besi, tak payah susah payah naik lori ke hulu ke hilir hantar stall berat nak mampuih ni ke satu-satu lokasi. Berehat santai duduk dalam office sejuk bersalji sambil si Sasha bagi servis urutan tradisional.”

 

MOHON DOA SUPAYA DAPAT BANTU LEBIH RAMAI ORANG

Apapun, doakan impian Syukor Burger mampu jadi kenyataan. Mampu bantu seramai mungkin orang. Mampu jana pendapatan kepada operator, mampu bagi burger besar mampu milik kepada rakyat Malaysia.”

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.