Taat Dan Hormat Pada Guru, Ustaz Ebit Liew Tunjuk Contoh Terbaik Buat Kita Semua!

0 772

Siapa yang tak kenal kan dengan Ustaz Ebit Liew? Setiap hari, pasti ada sahaja berita dan cerita berkenaan bantuan yang diberikan oleh beliau kepada masyarakat. Sumbangan dan bantuan beliau tidak pernah terhad kepada bangsa dan agama. Kasih dan sayang beliau adalah kepada semua.

Itulah contoh teladan akhlak yang ditunjukkan beliau kepada semua. Setiap lapisan masyarakat beliau santuni dengan penuh adab. Tutur bicara dan tingkah lakunya juga membuatkan orang ramai selesa dengannya.

Baru-baru ini tular sesuatu yang sangat berbeza daripada apa yang biasa kita lihat. Jika selama ini kita melihat Ustaz Ebit Lew menyantuni masyarakat, namun posting terbaru beliau menunjukkan dirinya menyantuni salah seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Habib Ali Zainal Abidin.

Bayangkan keadaannya apabila dua figura hebat yang berakhlak mulia saling bertemu. Jelas terpancar rasa hormat antara satu sama lain, tutur bicara kedua-duanya lembut dan penuh hikmah. Untung bagi mereka yang dapat turut serta bersama mereka dalam pertemuan tersebut.

 

UEL TENGAH BERSEDIH, DAPAT PANGGILAN HABIB ALI

Menerusi posting tersebut, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa seperti berikut.

 

“Terharu sebak sangat rasa. Ya Allah macam mimpi dapat ziarah Guru yang teramat mulia Syeikh Habib Ali Zainal Abidin. Masa saya tengah bersedih beliau call saya dan beri kata semangat yang asbabnya Allah beri kekuatan. Sifat dan layanannya terasa seperti keluarga dekat. Sayang dan terlalu hormat padanya.

 Dijamu makan bersama. Pohon doa dan nasihat. Habib Ali pesan buat kerja ini setiap hari betapa Nabi saw gembira. Walau ujian besar dan penat sangat. Tapi melihat hasilnya. Anak terbiar dapat disekolahkan dan dididik. Dapat melihat senyuman orang lain. Melihat kerja dan tanggungjawab lebih besar dan terus jangan berhenti.

Terasa rapat sangat dengan beliau. 2jam bersama dapat banyak ilmu dan sirah Nabi saw. Saat bersama Habib Ali terasa rindu pada Nabi saw dan keluarga Nabi saw. Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dengan Nabi saw,keluarga Nabi saw dan Para Sahabah rhum

Almarhum ayahanda tercinta Habib Ali Zainal Abidin baru meninggal dunia. Semoga Allah hadiahkan Syurga Firdaus buat ayahanda beliau. Dan terus beri kekuatan pada Habib Ali Zainal Abidin sentiasa sihat dipanjangkan usia dan keberkatan untuk terus membimbing ummah.”

Jika anda melihat video yang dikongsikan juga jelas menunjukkan betapa tingginya adab Ustaz Ebit Lew dengan ulama dan juga kerendahan hati Habib Ali sebagai seorang ulama. Masing-masing saling menghormati satu sama lain dan ia membuatkan ramai yang “jatuh cinta” dengan adab dan akhlak mereka.

 

LINK VIDEO :

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ebit Lew (@ebitlew)

 

Perkongsian sebegini sebenarnya sangat diperlukan oleh kita sekarang ini. Bukan apa, masyarakat sekarang yang terlalu bebas dalam berkata dan bertindak telah sedikit sebanyak membuatkan kurangnya adab dan hormat terutamanya kepada mereka yang bergelar guru.

 

BACA JUGA: DJ Radio Perlekeh Guru Bahasa Inggeris Digantung Tugas, Neelofa Tampil Memuji Para Guru

 

Tak kurang juga adab dan hormat dengan yang selayaknya atau sesama manusia. Masing-masing bersifat ego dan besar diri sehingga hilangnya segala sifat-sifat ini. Semoga lebih banyak lagi perkongsian sebegini yang dapat kita lihat dan semoga ia memberikan banyak kebaikan kepada semua.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.