Tak Bermewah Walaupun Bergaji Ratusan Ribu, Ini Cara Sadio Mane Belanjakan Wang Untuk Kumpul Saham Akhirat.

0 648

Siapa yang tidak mengenali figura hebat dalam kancah bola sepak dunia, Sadio Mane kan? Pemain sayap bintang juara Liga Perdana Inggeris ini merupakan diantara pemain yang bukan sahaja mempunyai sumbangan hebat dan luarbiasa didalam padang. Malah, sumbangannya diluar padang juga sangat-sangat luarbiasa.

Mane pernah tertangkap oleh kamera sedang menggunakan sebuah telefon yang mempunyai skrin yang retak. Agak menghairankan bagi seorang bintang bola sepak yang mempunyai pendapatan mingguan sebanyak RM839,000 untuk tidak menukar telefon tersebut.

Insiden itu menjadi tular di media sosial dan lebih tular apabila jawapan yang diberikan oleh Mane saat ditanya oleh wartawan berkenaan hal tersebut. Saat wartawan mendesak bertanyakan hal tersebut kepadanya,

“Saya boleh sahaja untuk membeli ribuan telefon bimbit baru, 10 kereta Ferrrari, 2 jet pesawat, jam dan berlian namun ia tidak memberikan saya apa-apa manfaat di dunia ini. Saya telah melalui saat-saat sukar dimana saya bermain bola sepak tanpa kasut, saya tidak memiliki pendidikan dan macam-macam lagi. Namun hari ini dengan apa yang saya berjaya capai menerusi bola sepak, saya dapat membantu mereka disekeliling saya.”

“Saya tidak perlu untuk membeli kereta mewah, rumah mewah, pelancongan mewah dan pesawat. Saya lebih suka dan gembira apabila mereka di negara saya dapat menerima sedikit daripada apa yang telah saya dapat dalam kehidupan ini.”

 

SEORANG MUSLIM YANG TAAT

Untuk pengetahuan anda, Sadio Mane merupakan seorang Muslim yang taat. Didalam pasukan Liverpool, beliau turut bermain bersama seorang lagi bintang bertaraf dunia yang juga merupakan seorang Muslim iaitu Mohamed Salah. Rasanya anda pasti ingat apabila nama Salah ini menjadi tular satu masa dahulu kan?

BERIKAN ELAUN BULANAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

Di negara kelahirannya, Senegal, Mane banyak memberikan sumbangan seperti membangunkan sekolah, stadium, memberikan pakaian, kasut dan juga makanan kepada orang-orang yang sangat miskin. 

 

BACA JUGA: Berkenalan Dari PUBG, Lelaki Ini Ikhlas Kahwini Dan Jaga Isteri Lumpuh Sehingga Akhir Hayat. Salute!

 

Selain itu, beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM340 kepada semua orang di wilayah yang miskin di negara tersebut. Ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di wilayah miskin di negara tersebut.

 

BERSIHKAN TANDAS MASJID

Hebatnya Sadio Mane walaupun bergelar bintang dunia bola sepak dan menjadi idola oleh orang ramai, namun beliau sedikit pun tidak berasa kekok untuk membersihkan tandas masjid supaya selesa digunakan oleh para jemaah. Situasi ini dirakam oleh kamera dan turut menjadi tular.

Semoga apa yang dilakukan oleh Sadio Mane walaupun bergelar bintang dunia namun tetap zuhud dalam kehidupan dan turut fokus untuk kehidupan di akhirat ini menjadi inspirasi buat kita semua. Status dan harta tidak membawa apa-apa maksud disisi Allah S.W.T. Apa yang menjadi beza kita sesama insan hanyalah iman dan takwa.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.