Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Punca Youtuber Dipukul Suami

0 1,297

Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Punca Youtuber Dipukul Suami beliau di perkarangan Hospital Besar Ipoh malam tadi.

Kecoh di media sosial mengenai keretakan rumah tangga bintang Youtube yang kini sedang meningkat naik Sugu Pavithra apabila mereka dikatakan bergaduh.

Kekecohan yang berlaku di perkarangan Hospital Permaisuri Bainun Ipoh itu, menyebabkan Pavithra dikatakan dipukul oleh suaminya yang sedang mabuk.

Ianya berpunca daripada berang namanya tidak disebut isterinya ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini. Isnin lalu, Channel masakan Sugu Pavithra telah dianugerahkan “Ipoh City Icon” yang disampaikan oleh Datuk Rumaizi Baharin.

Sugu dan Pavithra
Sugu dan Pavithra

Namun, menjadi isu di antara mereka kerana Pavithra tidak menyebut nama suaminya bersama yang dikatakan menjadi punca kemarahan berlaku sehingga ke tahap yang lebih serius.

Menurut sumber, kejadian yang terjadi antara pasagnan terbabit berlarutan sehingga keesokan harinya, di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian, suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.”

Apa yang lebih menggerunkan suami yang mabuk ini, membawa bersama sebilah sab!t dengan tujuan mencederakan isteri dan ahli keluarga yang lain.

Pada 5.54 petang hari yang sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sab!t hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Ipoh City Icon
Ipoh City Icon

Antara punca lain yang dikatakan menjadi punca berang Sugu ialah masalah dalaman sesama ahli keluarga kerana ia dilihat mencari kelibat adik isterinya dan juga abang ipar isterinya.

Baca juga > CARI DAN HUKUM SEGERA! TITAH SULTAN SELANGOR

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman selama tiga hari.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga.”

Bagaimanapun, Sugu telah ditahan petang semalam di lokasi kejadian mengikut Sejsyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan sisasatan dijalankan. Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Punca Youtuber Dipukul Suami.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.