Terharu Jualan Buah Habis Licin, Pak Cik Ni Tak Henti Lap Air Mata. Sebak!

0 1,450

Hampir kebanyakan orang, tatkala melihat warga emas di mana-mana, pastinya akan terus teringat kepada kedua ibubapa di kampung. Apatah lagi jika melihat warga emas yang sudah lanjut usia namun sanggup berdiri, berpanas dan bermandi peluh demi sesuap nasi.

Bayangkan jika itulah ibubapa kita yang sepatutnya pada usia begini duduk di rumah dan berehat namun masih terpaksa berhempas pula mengerah keringat untuk mencari rezeki. Itulah apa yang dirasai oleh seorang pengguna Facebook, Alina Farahin yang berkongsi satu video yang sangat menyentuh jiwa.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 21,000 Likes, 3,300 Komen dan 15,000 Share yang sekaligus turut mengundang sebak warganet. Video yang berdurasi 3 minit lebih tersebut ternyata membawa mesej yang sangat besar dan bermanfaat kepada semua.

 

“TOLONG JAGAKAN PAKCIK NI UNTUK AKU YE”

Itulah luahan dan rayuan daripada Alina Farahin kepada orang ramai yang lalu berdekatan Petron Masjid Tanah, Melaka.

“Kepada sesiapa yang lalu dekat petron masjid tanah, melaka. tolong jagakan pakcik ni untuk aku ye  ☹️

Kisah dia, semalam aku teringin nak makan buah potong, Anak aku pulak asek mintak ice cream je. Nampak lah petron, so berhenti bukan nak isi minyak nak g beli ice cream la.. kot2 ade buah skali ke kan! tiba2 aku nampak pakcik ni jual buahhh potongg  🥰.

‘kuatnya pakcik ni berdiri sampai pukul berapa la dia duduk kat situ nak abeskan buah dia, umur mcm dia tak patut keje dah tapi ini je pilihan yg dia ade nak cari rezeki’ ☹️☹️

Aku beli semua buah dia, sebab aku nk dia balik cepat rehat dekat rumah. Sedih dia  😔. Esok dah nak balik kl tak tau bila lagi boleh jumpa pakcik ni  🥺☹️

sape2 yg lalu tolonglah singgah beli buah dekat pakcik ni tauu.. tak mahal pon atleast kita dapat tlg dia okay.

LOCATION : PETRON MASJID TANAH, MELAKA”

BAGI SETIAP ORANG YANG LALU LALANG SATU PLASTIK BUAH

Berdasarkan perkongsian tersebut, Alina Farahin turut memberikan satu plastik buah kepada orang yang lalu lalang disitu. Didalam setiap plastik ada 5 jenis buah-buahan.

TERKEJUT TAK TAHU NAK BUAT APA

Di dalam video tersebut juga jelas kelihatan pak cik penjual buah tersebut terkejut kerana tidak percaya bahawa jualannya licin pada hari tersebut. Tanyalah pada mana-mana peniaga, keadaan ini pastinya akan buatkan mereka berasa kesyukuran yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

MENANGIS KESYUKURAN

Detik yang paling sebak dalam video ini adalah pada ketika pak cik tersebut datang bertemu dan menangis. Jelas terpancar betapa bersyukurnya beliau dengan bantuan yang diberikan kepadanya.

 

LINK VIDEO :

 

TERINGAT USTAZ EBIT LIEW

Ada warganet yang meninggalkan komen yang agak menarik dimana dia mengatakan apabila melihat kebaikan yang dilakukan oleh Alina Farahin. Baginya, tindakan mulia Ustaz Ebit Liew telah membuatkan lebih ramai orang yang berani untuk membantu orang ramai.

 

BACA JUGA: Pemandu Grab Teruja Isteri Hamil Anak Pertama. Bukak Je Kotak Tu, Terus Menangis!

 

Semoga lebih banyak lagi usaha murni seperti ini yang dapat kita lihat dan kita lakukan. Tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Sedekah dan in shaa Allah anda akan jadi kaya.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.