Terlepas Panggilan Terakhir, Radin Terkilan Telefon Silent Tak Sempat Bercakap Dengan Ibu

0 801

Kehilangan insan yang bergelar ibu untuk selamanya pasti akan membuatkan diri akan terasa kekosongan yang teramat dalam didalam diri. Rasa rindu itu pasti. Namun, kerinduan yang abadi ini pastinya sangat sukar untuk diubati kerana ia tiada galang ganti.

Baru-baru ini, seorang selebriti tanah air yang merupakan penyampai radio ERA, Radin berkongsikan sebuah kisah yang sangat menyentuh hati. Ibunya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Radin yang baru sahaja tiba di kampung halamannya, Ipoh, Perak. Menurut Radin, ibunya mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu. Beliau baru sahaja pulang ke kampung minggu lalu untuk meluangkan masa bersama ibunya.

 

FACETIME 3 KALI MALAM SEBELUM KEMATIAN

Menurutnya lagi, malam sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, dia sempat untuk facetime bersama ibunya sebanyak tiga kali. Ternyata hubungan mereka sangat rapat kerana dia selama ini tidak pernah berenggang dengan ibunya. Namun, disebabkan oleh tanggungjawab kerja, dia terpaksa untuk berjauhan.

TERKILAN TAK DAPAT BERCAKAP BUAT KALI TERAKHIR KERANA PHONE SILENT

“Cuma saya terkilan kerana telefon bimbit ‘silent’ ketika tidur pagi tadi dan menerima beberapa panggilan daripada kakak. Katanya, ibu beberapa kali menyebut nama dan hendak bercakap dengan saya. Jika diikutkan, saya merancang untuk mengambil jururawat peribadi untuk menjaga ibu bermula pada hari ini. Namun, Allah lebih menyayangi ibu.”

Ketika itu juga, radin memaklumkan jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Perak, selepas Asar.

 

DIPERMUDAHKAN URUSAN RENTAS NEGERI

Radin sangat bersyukur kerana walaupun terikat dengan undang-undang merentas negeri namun dia dapat menyelesaikan semuanya dengan lancar dan dipermudahkan. Mudah baginya untuk balik bagi menguruskan jenazah ibunya.

MOHON DOA DARIPADA SEMUA

Memetik perkongsian daripada Radin di page Facebook, dia memohon jasa baik daripada semua untuk mendoakan ibunya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un …

Assalamualaikum wbt… Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas nya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.

Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman.. Amin..

Nd sayang mama♥️”

 

 BERIKAN PAHALA BERPANJANGAN BUAT IBUBAPA

Ada tiga amalan yang tidak akan terputus pahalanya sekalipun kita telah meninggal dunia. Tiga amalan tersebut sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Jadi, sebagai anak, berusahalah sebaik mungkin untuk jadi yang terbaik kerana dari kita, ibubapa kita akan tetap memperoleh pahala yang berterusan.

 

BACA JUGA: Pemandu Grab Teruja Isteri Hamil Anak Pertama. Bukak Je Kotak Tu, Terus Menangis!

 

Salam takziah daripada kami kepada Radin. Semoga anda kekal kuat dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.