Terpisah Dari Kecil, Sebak Tengok Pertemuan Bapa Dan Anak Ni. Besar Sungguh Dugaan Si Bapa Rupanya!

0 2,140

Ramai yang membesar tanpa kasih sayang daripada kedua orang tua mereka atau salah satu daripadanya. Ada diantaranya disebabkan oleh kehilangan yang abadi dan ada juga mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kerinduan itu pasti ada. Keinginan untuk bertemu juga pasti ada. Namun, takdir dan perancangan daripada Allah S.W.T mengatasi segala-galanya. Jika ditakdirkan akan dipertemukan, cepat atau lambat pastinya akan bertemu jua.

Jika tidak, pastinya ada hikmah disebalik semua ini dan Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang peserta rancangan realiti televisyen yang bernama Saiful.

 

TERPISAH SEDARI KECIL LAGI

Saiful telah terpisah dengan bapanya sejak dari usia yang masih muda lagi. Momen pertemuan pastinya merupakan diantara momen yang paling dia impikan selama ini. Ia pastinya akan menjadi sebuah mimpi yang sangat indah. Mimpinya menjadi realiti tatkala dia dipertemukan semula dengan bapa kandungnya didalam sebuah program realitit televisyen.

 

MIKROFON IMPIAN 2 TUNAIKAN IMPIAN SAIFUL

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna akaun Tiktok iaitu Abah Tam, dia berkongsi paparan sedutan episod rancangan realiti yang bertajuk ‘Mikrofon Impian 2’.

Rancangan realiti ini mengetengahkan konsep pertandingan nyanyian dan bertujuan untuk mereliasikan impian para peserta. Impian tersebut boleh jadi apa sahaja termasuklah jika peserta memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.

Daripada sedutan tersebut, Saiful ada meluahkan kepada juri tentang impiannya untuk mencari dan bertemu dengan bapa kandungnya setelah sekian lama terpisah. Namun siapa sangka, hasrat dan impian Saiful akhirnya tercapai selepas pihak produksi membuat kejutan apabila mereka membawa bapa kandung Saiful yang dikenali dengan nama Shamri Parthiban Bin Abdullah ke pentas rancangan realiti tersebut.

 

TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK

Sebaik sahaja menaiki pentas, bapa Saiful yang sudah dalam kategori warga emas ini kelihatan benar-benar tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata. Manakala Saiful pula kelihatan sangat terkejut dan seakan tidak percaya selepas mendengar pengakuan lelaki tersebut.

Namun, selepas diberi peluang untuk melihat kad pengenalan lelaki tersebut, Saiful mengakui dia hanya tahu nama pertama bapanya sahaja. Malah, apa yang tidak diduga adalah segala maklumat diri dan identiti bapanya diberikan oleh ibu kandung Saiful sendiri.

 

MENGAMBIL TAHU PERIHAL ANAK-ANAK

Ujar bapanya, dia sentiasa mengambil tahu akan perkembangan anak-anaknya.

“Saya sebagai ayah mengikut perkembangan anak-anak saya melalui Facebook. Saya tahu tempat kerja anak saya Natrah. Saya tahu umurnya dan lain-lain. Segala perkembangan Saiful menjadi pemberita, DJ dan sebagainya. Sejak kecil sehingga sekarang.”

 

LINK VIDEO :

Setelah selesai mendengar penjelasan dari bapanya, Saiful kemudian terus bersalaman dan memeluk bapanya bagi melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Semoga segalanya menjadi lebih baik buat Saiful dan bapanya serta semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Aamiin.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.