Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Kereta Dan Bayar Sewa Rumah Seumur Hidup Buat Keluarga Di Kelantan

0 2,558

Insan berhati mulia kesayangan Malaysia, Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil lagi untuk memberikan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa. Terkini, UEL tampil memberikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Kota Bharu iaitu keluarga Koh Kim Keok.

 

SENTIASA BERDOA NAK JUMPA USTAZ

Memetik status yang dimuatnaik di Facebook UEL,

“Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai. Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina. Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata. Selepas kematian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese. Masa pkp gaji sehari Rm20. Dulu Rm30. Sebulan dapat Rm600.”

 

TURUT MEMPUNYAI ANAK YANG MEMELUK ISLAM

“Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang. Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran Rm800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.”

 

KERETA LAMA DAH JUAL BESI BURUK

“Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya  terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat. 

Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.

Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua.”

SETIAP HARI ADA JE KEBAIKAN UEL BUAT

Itulah sebahagian daripada komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook di status UEL. Benar seperti yang dikata. UEL baru sahaja membantu memberikan tajaan penuh kepada seorang pelajar di Kelantan. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM40,000 berserta beberapa bantuan lain.

Hari ini, beliau turun memberikan bantuan kepada keluarga lain pula. Tidak putus-putus berita dan cerita bantuan serta sumbangan yang dilakukan oleh UEL kepada masyarakat di Malaysia.

 

“SEKALI TURUN SEBIJI KERETA TERUS BAGI”

Betul. Lain macam sebenarnya bentuk sumbangan yang UEL berikan kepada setiap insan yang dibantunya. Kali ini, sumbangan sebuah Myvi kepada keluarga ini benar-benar membuatkan warganet berasa kagum.

BACA JUGA: Rezeki Pelajar Cemerlang! Ustaz Ebit Lew Sumbang RM40 Ribu Tajaan Penuh Nurul Asma

 

 

SURAH AL-BAQARAH AYAT 261

Tidak ketinggalan satu komen yang membuatkan ramai kembali mengingati kelebihan bersedekah yang ditinggalkan oleh saudara Masri Mar seperti dibawah:

 

Semoga apa yang dilakukan oleh UEL akan menjadi asbab buat semua individu diluar sana untuk lebih bersemangat untuk membantu masyarakat disekeliling yang memerlukan. UEL juga bukanlah calang-calang individu. Beliau merupakan usahawan yang memiliki banyak cabang perniagaan.

Dari sini, jelaslah bahawa tidak salah untuk menjadi kaya kerana dengan kekayaan yang diperoleh, akan lebih banyak tangan yang dapat kita bantu untuk hidup lebih selesa. 

 

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.