[VIDEO] Jejak Rasul Musim Baru Di Malaysia Ramadhan Ni. Ramai Tak Sabar Nak Tengok! 

0 339

Apabila menyebut bulan Ramadhan, kita tak dapat lari daripada terbayangkan beberapa perkara yang sangat sinonim dengan negara kita Malaysia. Antaranya ialah, mercun, moreh, iklan “bisikan” kurma dan juga rancangan ilmiah “Jejak Rasul” di kaca televisyen.

Jika ditanya kepada penulis, penulis sendiri membesar dengan Jejak Rasul ini setiap kali Ramadhan. Rasa seronok pula bila dapat tahu kisah mengenai sejarah tamadun Islam, 25 rasul dan juga nabi-nabi yang kadangnya tidak dapat kita dengar kisah mereka di tempat lain.

Sebenarnya program Jejak Rasul ini telah bermula sejak dari tahun 1996 lagi. Sudah hampir satu dunia dijejaki menerusi rancangan ini. Afrika, Eropah, Asia, Asia Tenggara dan lain-lain lagi telah dijejaki.

 

KELAINAN UNTUK TAHUN INI

Untuk tahun ini, penulis rasa ia pastinya lebih menarik kerana program kali ini akan fokus kepada apa yang ada di tanah air tercinta kita, Malaysia. Teringin rasanya nak tahu apa yang luarbiasa dan menarik yang berkaitan dengan Islam yang ada di negara kita ini.

Hal ini sebenarnya dinyatakan sendiri oleh pengacara Jejak Rasul untuk tahun ini iaitu Fedtri Yahya menerusi akaun Twitter beliau, @fedtriyahya.

 

 

Ditambah pula dengan bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, ia pasti akan membuatkan semua peminat rancangan ini menjadi lebih tidak sabar.

 

 

LEBIH DEKAT DI HATI

Tak dapat dinafikan bahawa sangat ramai yang menyambut baik konsep Jejak Rasul kali ini yang akan dilakukan di Malaysia. Bagi mereka, ia lebih dekat di hati kita dan lebih mudah untuk kita sendiri terokai satu masa nanti.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa team Jejak Rasul ini sangat dahsyat kerana sentiasa ada konsep dan kandungan menarik untuk ditonton walaupun rancangan ini telah ada terlalu lama di Malaysia.

 

 

MALAYSIA KAYA DENGAN SEJARAH

Ada juga yang mengatakan bahawa Malaysia sangat kaya dengan sejarah yang sangat sesuai untuk diteroka. Ia juga secara tidak langsung akan membuatkan kita lebih menghargai apa yang ada di tanah air sendiri.

 

 

BACA JUGA: Terpisah Dari Kecil, Sebak Tengok Pertemuan Bapa Dan Anak Ni. Besar Sungguh Dugaan Si Bapa Rupanya!

 

TERIMA KASIH BUAT CHANNEL BERMANFAAT SEBEGINI

Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kerana adanya program yang sangat bermanfaat seperti Jejak Rasul ini. Selain dapat mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti berfaedah, dapat juga ditambah ilmu pengetahuan.

Semoga semuanya berjalan lancar untuk Jejak Rasul kali ini dan yang akan datang supaya setiap generasi akan lebih tahu dan menghargai segala kehebatan dan sejarah para Rasul dan juga tamadun Islam di dunia ini.

 

SUMBER : TWITTER @fedtriyahya

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.