(VIDEO) Najib Razak “Tertangkap” Tak Scan My Sejahtera. Memang Patut Lah Tiada Double Standard.

0 529

Siapa yang tidak kenal dengan salah seorang figura hebat tanah air, iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Sewaktu era pimpinan beliau dulu, berbagai jenis bantuan dan peruntukan diberikan kepada rakyat menerusi projek-projek 1 Malaysia beliau seperti klinik, koperasi dan lain-lain lagi.

Beliau juga satu masa dulu sangat terkenal dengan tagline “Malu Apa Bosskur” tetap mendapat tempat dalam hati rakyat meskipun terpalit dengan beberapa kontroversi besar yang melanda dirinya. Apapun, segala sumbangan sewaktu pimpinan beliau, kita tidak boleh tolak ke tepi begitu sahaja.

Najib Razak Mengaku Bersalah Tidak Scan MySejahtera. Semua Harus Kena Denda Yang Sama.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila beliau telah didapati melanggar SOP di musim pandemik ini iaitu untuk mengimbas kod QR MySejahtera. Hal ini berlaku sewaktu beliau menjamu selera di salah sebuah kedai makan popular di Kuala Lumpur.

 

TIDAK ADA ISU DOUBLE STANDARD

Tegasnya, dia akan menerima sebarang hukuman atau denda yang perlu dibayar akibat daripada kesalahannya itu. Tidak akan ada langsung istilah double standard dalam kes yang melibatkan dirinya ini.

 

KISAH SEBENAR DISEBALIK KESILAPAN TERSEBUT

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook beliau, Najib Razak, beliau ada menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku sehingga dia terlupa untuk mengimbas kod menggunakan apps MySejahtera.

 

LINK VIDEO : 

 

“Salam sejahtera. Saya buat, saya mengaku.

Saya menerima baik kritikan dan pandangan.

Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng.

Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

Seperkara lagi ialah mengenai “check-in”.

Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.

Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya.

Tidak mengapa.

Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini.”

 

BAYAR AWAL UNTUK DAPAT DISKAUN

Beliau juga ada mengatakan bahawa beliau akan membayar kompaun tersebut dalam tempoh 7 hari untuk dapatkan diskaun sebanyak RM750.

“Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN.

Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750.

Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela.

Tidak ada double standards dalam istilah saya.

Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah.

Mereka ada dua darjat itu hal mereka.

Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya.

Saya juga ingin berkata bahawa saya masih mengulangi ujian Covid-19 kerap kali dan setakat ini semuanya negatif.

Insya-Allah semoga kita semua terus diberkati Allah SWT.

Oh ye. Seperkara lagi, saya ditanya mengenai pengawal pengiring saya.

 Ya. Pemberian semula ini adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang disediakan untuk bekas Perdana Menteri dan diberi balik kerajaan PN beberapa bulan dahulu.

Tidak lebih, tidak kurang, tiada layanan istimewa.

 

BACA JUGA: Terpisah Dari Kecil, Sebak Tengok Pertemuan Bapa Dan Anak Ni. Besar Sungguh Dugaan Si Bapa Rupanya!

 

RESPONS POSITIF UNTUK TINDAKAN DS NAJIB

Menjengah ke ruangan komen, ternyata tindakan DS Najib Razak ini mendapat respons yang sangat positif daripada warganet.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh DS Najib Razak ini seharusnya turut dilakukan oleh wakil rakyat, orang kenamaan dan VIP yang lain juga. Jika bersalah, terus mengaku salah dan rela membayar denda. Bukannya memutar belit fakta dan menggunakan kuasa di tangan untuk lari dari tindakan undang-undang. Steady bosskur!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.