[VIDEO] Situasi Cemas Kereta Terjun4m Dalam Tasik, Bapa Terkilan Anak Tak Berjaya Diselamatkan!
Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kadangkala kita sudah habis berhati-hati dalam melakukan apa-apa perkara, namun jika sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T bahawa kita akan mengalaminya, tiada apa yang boleh lakukan.
Itulah apa yang berlaku kepada sebuah keluarga ini. Detik cemas yang bertukar trag3di apabila kenderaan yang dinaiki mereka telah terjun4m masuk kedalam sebuah tasik dan mengorbankan nyawa.
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini berlaku terjadi dalam sekelip mata. Ia berlaku pada 31 Mei yang lalu di Dermaga Ambarita, Indonesia. Keluarga ini dengan kenderaan mereka telah melalui sebuah jambatan untuk melintasi tasik.
JAMBATAN PUTUS
Pada ketika itu, di dalam kenderaan tersebut ada empat orang bilamana jambatan penghubung di pelabuhan terbabit telah runtuh dan menyebabkan kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka tenggelam didalam sebuah tasik.
Mereka telah tenggelam sedalam 10 meter. Berdasarkan sumber, pada ketika itu ada 7 buah kenderaan yang cuba untuk melalui jambatan tersebut. Kereta yang pertama sehingga kereta yang keenam telah selamat menyeberanginya.
Kereta mangsa adalah kereta yang ketujuh dan pada ketika itu angin bertiup dengan sangat kencang sehingga menyebabkan jambatan tersebut telah terputus. Perkongsian video mengenai trag3di tersebut telah tular di Tiktok.
Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki telah cuba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat. Operasi menyelamat ini turut disertai oleh pihak berkuasa.
Mereka berada didalam tasik Danau Toba dan berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada semua mangsa. Antara yang mereka usahakan adalah dengan memberikan jaket keselamatan untuk mereka memakainya.
Hal ini adalah perlu untuk dilakukan kerana bimbang kenderaan mereka akan tenggelam sepenuhnya. Namun, kuasa Allah S.W.T mengatasi segala-galanya. Daripada empat orang mangsa, hanya tiga sahaja yang berjaya diselamatkan.
Mangsa yang berjaya diselamatkan adalah Neinya Safrina, 33, Farida, 72, dan Zulkarnain Tanjung, 72. Mangsa yang terkorban pula adalah Desy Marizdayani yang berusia 32 tahun.
Mangsa yang terkorban pada ketika itu berada di bahagian penumpang belakang dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
VIDEO :
WARGANET SEBAK DENGAN KEJADIAN YANG BERLAKU
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak sanggup dan tidak kuat untuk menonton video tersebut. Bagi mereka, ia merupakan satu keadaan yang cukup mengerikan dan menyayat hati.
Ada juga yang terus teringatkan bapa atau arwah bapa mereka saat melihat pakcik didalam video tersebut.
BACA JUGA : [PKP 3.0] Bantuan Istimewa Kerajaan RM150 Untuk Belia Atau Pelajar Sepenuh Masa. Apply Sekarang!
Disebabkan sudah kerap juga kita menerima berita sebegini, rasanya elok untuk kita belajar bagaimana untuk menyelamatkan diri seandainya berdepan dengan situasi kenderaan tenggelam.
Bukan sahaja untuk mereka yang mengalami malah untuk mereka yang berada di sekeliling dan cuba untuk menyelamatkan perlu juga tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan dengan betul.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa dan semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
SUMBER : Akses Info, OHBULAN & TIKTOK @ahmaddavid616