Viral Sejak Semalam. Tindakan Dua Anggota Polis Ini Mengundang Air Mata Warganet

0 3,459

Ketika pandemik Covid-19 ini, anggota polis merupakan di antara barisan frontliners yang penat berjuang untuk memastikan penularan wabak ini berkurang. PKP bagi rakyat biasa melibatkan lebih banyak masa terpaksa diluangkan di rumah. Namun, bagi mereka pula, tugas hakiki untuk menjaga keselamatan negara semakin bertambah. Berbeza daripada tugas pada hari biasa.

Namun, ia sedikitpun tidak menghalang daripada mereka melakukan tugas mereka sebaik mungkin malah lebih lagi daripada kebiasaan. Ia telah dibuktikan menerusi sebuah video yang tular di media sosial. Rakaman video Tik Tok tersebut telah membuatkan warganet berasa sebak dan terharu dek kemuliaan hati dua anggota polis ini.

Kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu tersebut memaparkan dua anggota polis memberi nasihat kepada seorang kanak-kanak. Apa yang lebih mengejutkan adalah mereka juga turut menghulurkan duit bagi membantu kanak-kanak tersebut.

Video yang berdurasi 42 saat yang tular tersebut berkenaan telah berjaya menarik ribuan komen sejak semalam. Kejadian tersebut difahamkan berlaku di sekitar Jalan Api-Api Centre di pusat bandar Kota Kinabalu.

Dua anggota polis yang terlibat dalam kejadian pada pukul 3.40 petang tersebut merupakan anggota Balai Polis Kota Kinabalu.

Difahamkan bahawa kedua-dua anggota polis terbabit bimbang dengan keselamatan seorang kanak-kanak yang kelihatan berjalan seorang diri di kawasan berkenaan. Disebabkan oleh hal itu, mereka memanggilnya untuk bertanyakan keadaan sebenar.

MENJUAL KEROPOK DEMI MEMBANTU KELUARGA

Kanak-kanak berkenaan mengatakan bahawa dia ingin untuk belajar berdikari mencari pendapatan sendiri bagi membantu keluarganya dengan menjual keropok. Keadaan tersebut menimbulkan rasa simpati sekaligus menyebabkan anggota polis tersebut memberikan sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai kepada kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak tersebut juga diberikan nasihat supaya berhati-hati dan terus balik ke rumah demi keselamatannya.

TERSENTUH DENGAN TINDAKAN

Komen warganet rata-ratanya memberikan komen yang sangat positif. Salah seorang pengguna media sosial meninggalkan komen bahawa beliau sangat tersentuh dengan tindakan kedua-dua anggota polis tersebut.

 

 

TERBAIK ABANG POLIS!

Rasa kagum dan hormat turut ditinggalkan oleh warganet terhadap kedua-dua anggota polis ini.

 

DIDOAKAN KEBAIKAN

Tindakan dua anggota polis yang memberikan sumbangan ini juga telah membuatkan warganet tidak putus-putus menitipkan doa supaya segala kebaikan yang mereka berikan dibalikkan semula kepada mereka.

 

BACA JUGA: Kagum! Netizen Puji Pemuda Jual Kereta Kesayangan Untuk Pondok Tahfiz

Ternyata dengan kejadian ini, ia telah menimbulkan rasa kagum dan hormat kepada para frontliners yang bukan sahaja bertungkus lumus demi keselamatan negara malah mereka membantu sesiapa sahaja selagi termampu.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.