“Yang Dekat Dalam Tu Anak Asuhan Kau, Bukan Anak Kucing!” Anak Krit1kal Diliw4t Suami Pengasuh, Ibu Berang Bila Tanya Pengasuh Cakap Dia Di Bazaar Ramadhan. Tak Risau Langsung!
Pastinya masih segar dalam ingatan kes yang berkaitan seorang bayi bernama Afiq yang telah diliw4t oleh suami pengasuh dan ditekvp mukanya sehingga meninggal dunia.
Siapa sangka ada manusia yang tergamak melakukan perbuatan yang terkvtuk seperti itu. Bayi berusia sembilan bulan yang tidak berdosa pula menjadi mangsa angkara n4fsu ser4kah si durjana.
Selepas sias4tan dibuat, jelas bahawa kedua-dua pasangan suami isteri yang mengasuh adik Afiq merupakan pen4gih. Teruk ibu adik Afiq dihent4m oleh netizen yang mempersoalkan rasional ibunya itu menghantar kepada pen4gih.
PECAH TEMBELANG PENGASUH
Segala persoalan netizen telah dijawab dengan baik oleh ibunya. Siapa yang dalam fikiran rasional akan menghantar anak kepada pen4gih? Hal ini kerana keluarga tersebut nampak sihat dan normal serta mereka merupakan jiran dekat.
Pasangan itu juga kelihatan seperti sangat memerlukan duit untuk menampung perbelanjaan harian dan pernah tular di media sosial sebelum ini sehingga mendapat bantuan.
Jadi, tiada apa yang mencurigakan saat ibu mangsa menghantar mangsa kepada pengasuh tersebut. Namun, selepas sebulan kejadian tersebut berlaku, ibu mangsa mendedahkan beberapa cerita baru mengenai pengasuh tersebut.
Perkara ini dikongsikannya menerusi laman Facebook BiEy Adawiah.
27/5 hari ini genap sebulan peristiwa yang paling meny4yat hati kami skeluarga. Kat bawah ni wasap suami sy dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Sy cuba call, tp talifon dia tutup. Sikit pon dia tak tanya keadaan anak sy.
TAK TERFIKIR UNTUK CALL IBU MANGSA
27/4/21 pada Pukul 3.44pm sy masih ditempat kerja dapat 1 panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang hospital sungai buloh sekarang, Afiq tak sedar”. Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba – tiba. Kawan 1 office je tahu macamana saya waktu tu.
Terus call suami, pergi terus ke hospital sungai buloh menaiki moto. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawak. Hospital yang dekat ada, kjmc, ppum, hospital shah alam semua ni dekat dengan rumah.
Sy tinggal kat lembah subang, dia pegi hantar hospital sungai buloh. Dah la jauh lepastu hospital sungai buloh ni khas untuk pesakit covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia x terfikir nak call saya.
Sepanjang -panjang perjalanan dari rumah ke sungai buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia ida. Apa yang kau cakap ni ida??? Lepas doktor terima anak sy baru dia call sy.
BERITAHU IBU MANGSA ANAKNYA MASIH HIDUP
Korang baca sdiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apoo???
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkan lah kami pegi naik moto pon tak boleh nak cilok, jem gila. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta kau boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem gila.
Lepastu kau cakap laki kau buat cpr. Oh, pandai ya pen4gih dadah buat cpr. Sampai je hospital sungai buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap x boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dgn doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama.
Doktor cakap masa dia terima anak saya tu j4ntung dah berhenti. Lepas buat cpr 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi j4ntung anak saya berhenti.
SIAP DAPAT PERGI KE BAZAR, LANGSUNG TIDAK RISAU
Yang serahkan baby kpd doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Ntah mana kau ida masa tu.
Lepas nurse ambil semua detail dengan sy dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah.
Nurse keluar tanya mana pengasuh? Sy call ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar ramadhan. YA ALLAH. yang tengah krit1kal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
OTAK MANGSA DAH ROSAK
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. 😭😭
Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon krit1kal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan Wayar.
Adik tak pernah sakit, x pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meravng ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah sorang je boleh masuk.
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunvh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
DOKTOR NAK CABUT ALAT BANTUAN
Pagi 28/4 kami balik skejap untuk tukar pakaikan. Datang balik pkul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. J4ntung adik makin lemah, dar4h makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon.
Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat. Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby.
Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
TERBONGKAR SELEPAS BED4H SIAS4T
30/4/2021 selepas bed4h sias4t baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran n4jis ada kesan koyakan sebab diliw4t. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
WARGANET BERANG
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sangat marah dengan apa yang telah dilakukan oleh pengasuh tersebut dan suaminya.
Ramai juga yang mendoakan supaya pelaku dikenakan hukuman yang setimpal dengan kezaliman yang telah dilakukan.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa dan sama-samalah kita pantau mereka disekeliling kita. Jika ada di antara jiran atau ahli keluarga kita yang merupakan pen4gih, segeralah kita melaporkan kepada pihak berkuasa.
Hal ini kerana sudah terlalu banyak kes yang melibatkan pen4gih ini. Ada yang memperlakukan mangsa seperti yang berlaku kepada atas adik Afiq. Ada yang menik4m ibu kerana dengar bis1kan dan macam-macam lagi. Semoga keadilan dapat diterima oleh keluarga mangsa.
SUMBER : Akses Info, FB BiEY Adawiah & FB Pa&Ma