4609 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Kepada Graduan PTPTN. Ini Langkah Mudah Untuk Apply

0 2,161

4609 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Kepada Graduan PTPTN. Ini Langkah mudah untuk apply supaya mendapat peluang keemasan ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam menjalankan satu program baru yang dijadual 30 Jun ini.

Program ini dibuat bagi membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan yang telah menamatkan pelajaran.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ ini dilaksanakan berikutan melihat kepada penambahan graduan yang mengalami masalah pengangguran.

Program ini dijadualkan berlansung selama empat hari bermula 30 Jun sehingga 3 Julai 2020. Dan ia melibatkan Kerjasama dari dua puluh (20) syarikat tempatan yang menawarkan peluang pekerjaan.

Menurut beliau :

“PTPTN melihat masalah yang dihadapi peminjam ialah sukar mencari pekerjaan sebagai salah satu masalah yang turut dirasai.”

Katanya menerusi sidang media sempena pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara pihak PTPTN dan Perkeso pada Khamis yang lalu.

SYARAT JOIN PROGRAM DAN REBUT PELUANG PEKERJAAN INI

‘Virtual Mini Job Hunt for Borrower’ ini adalah TERBUKA kepada semua peminjam PTPTN yang telah tamat pengajian baik dari Institusi Pengajian Tinggi dan politeknik.

Ini termasuklah juga mereka yang sudah bekerjaya tetapi berkeinginan untuk meningkatkan kerjaya mereka.

Bermula 30 Jun dan 1 Julai ini, satu sesi webinar yang mendedahkan peminjam PTPTN mengenai kaedah mempersiapkan diri calon.

Manakala 2 dan 3 Julai 2020 pula akan diadakan proses temuduga secara ‘online’ atau atas talian.

Ahmad Dasuki berkata, bagi peminjam yang memperolehi kerja melalui program ini tidak akan dipotong gaji mereka secara automatik untuk menolak bagi pembayaran pinjaman PTPTN.

Menerusi MoU di antara PTPTN bersama Perkeso ini terdapat empat (4)  inisiatif di bawah kerjasama strategik itu.

  1. Membantu peminjam PTPTN yang tleah bergraduat dan masih belum mendapatkan pekerjaan melalui Program Mencari Pekerjaan Perkeso yang bakal bermula 30 Jun ini.
  2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN untuk mempersiapkan diri dengan mengadakan webinar dan Latihan bagi membekalkan graduan-graduan ini sebelom proses temuduga dijalankan terhadap mereka.
  3. Menggalakkan peminjam PTPTN yang betul-betul memerlukan pekerjaan dalam mendaftarkan diri melalui portal PERKESO iaitu EISJob.
  4. Melibatkan kolaborasi dalam menganjurkan ‘Career Program’ yang diadakan.

Melalui program ini, Syarikat 99 Speed Mart Shd Bhd menyediakan kekosongan jawatan iaitu sebanyak 3,890 tempat. Hal ini menjadikan ianya jumlah terbesar melalui Program Virtual Mini Job Hunt itu.

Baca juga >> Sapura Buka Kerja Kosong Polis Bantuan

SENARAI SYARIKAT YANG MENAWARKAN KERJASAMA DAN SEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

  1. Momentum Internet Sdn Bhd
  2. EonMetall System Sdn Bhd
  3. Webhelp
  4. Zurich Takaful Malaysia Berhad
  5. I-Chem Solution Sdn bhd (2 Julai )
  6. DC Management & Cleaning Service Sdn Bhd
  7. Agensi Pekerja IRC Sdn Bhd
  8. X-Fab Sarawak Sdn Bhd
  9. Golden Screen Cinema
  10. Exxonmobil Malaysia
  11. Tesco Malaysia Sdn Bhd
  12. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  13. 99 Speedmart Sdn Bhd
  14. Agensi Pekerjaan Nala Sdn Bhd
  15. Nurraysa Global Sdn Bhd
  16. 7 eleven Malaysia Sdn Bhd
  17. IOT Manufacturing Sdn Bhd
  18. Agensi Pekerjaan Unitalent Sdn Bhd
  19. Omega Genius Sdn Bhd
  20. I-Chem Solution Sdn Bhd (3 Julai)

Pelbagai bidang yang ditawarkan dalam program ini ialah antaranya pekerjaan dalam bidang Pendidikan, pembuatan dan perkhidmatan, perbankan dan juga peruncitan.  

Gaji paling rendah mestilah melebihi gaji minimum dan paling tinggi ialah sekitar RM4,000 hingga RM5,000.

Buat masa kini, pendaftaran telah pun dibuka di laman web rasmi mereka. Saya akan kongsikan step by step bagaimana pendaftaran akan dibuat. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Pendaftaran ini dibuka secara online sahaja dan tutup pada 3 Julai 2020. Jangan lepaskan peluang. Terus buat dengan follow step by step yang kami kongsikan ini.

LANGKAH DEMI LANGKAH PENDAFTARAN PROGRAM

Step 1: Register Program

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Tick butang PTPTN (30 June 2020-03 July 2020)
A screenshot of a card

Description automatically generated
  • Masukkan Number IC
  • Kemudain klik butang Search

Step 2 : Sign Up

  • Lengkapkan butiran diri anda. Antara butiran yang diperlukan ialah:
  • Nama
  • IC Number
  • E-Mail
  • No Phone
  • Jantina
  • Umur
  • Pilih Kategori (Graduan baru, Tidak bekerja, Peningkatan kerja atau Orang kurang upaya)
  • Pilih Negeri
  • Setelah selesai isi butiran anda,klik butang Register

Step 3: Homepage Perkeso Virtual Career Fair

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Setelah pendaftaran berjaya,anda akan dibawa ke paparan Homepage  Perkeso Virtual Career Fair
  • Antara menu yang ada di Homepage ini ialah:
  • Dashboard
  • Webinar
  • Vacancies
  • List of Application
  • Profile
  • Logout
  • WEBINAR – merupakan sebuah singkatan dari kata web dan seminar. Jadi anda boleh join seminar-seminar online mengikut modul-modul dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Antara modul-modul yang ada ialah :
  • Modul 1: Kenali Diri Anda
  • Modul 2: English Communication
  • Modul 3 : Creating Online Personality
  • Modul 4 : Pengurusan Kewangan
  • Modul 5 : Mencipta Perjalanan Kerjaya
  • Modul 6 : Tips Temuduga Daripada Perspektif Majikan

Step 4: Permohonan Jawatan Kosong

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • VACANCIES – anda boleh pilih syarikat dan jawatan yang anda ingin memohon di bahagian ini.
  • Klik Detail untuk info lanjut berkenaan jawatan tersebut.
  • Sekiranya anda berminat dengan jawatan tersebut klik butang Apply
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • LIST OF APPLICATION – Bahagian ini akan memaparkan senarai jawatan kosong yang anda telah mohon.
  • Anda perlu semak email anda untuk sesi interview jawatan yang telah anda mohon.

Program yang dianjurkan oleh pihak PTPTN dengan Kerjasama Perkeso ini bertujuan membantu graduan yang susah mendapatkan pekerjaan atau memingkat taraf hidup selain membantu dalam memulihkan ekonomi Negara.

Kami di Akses Info mendoakan agar anda yang memohon tercalon dalam senari pendek dan lulus temudga yang bakal diadakan nanti.

4609 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Kepada Graduan PTPTN. Rujuk Langkah mudah untuk apply pekerjaan ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.